Kgendah’s Weblog

Homestay

Posted on: Oktober 8, 2007

HOMESTAY      

     Bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung yang penuh adat tradisi dan budaya masyarakat serta lanskap yang cantik, Homestay Kampung Endah tempatnya. Konsep  pelancongan tinggal bersama atau “HOMESTAY”  kini mendapat tempat dihati pelancong asing mahupun penduduk tempatan.Sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan kampung,Homestay Kampung Endah yang berkecimpung lebih kurang 2 tahun dalam dunia homestay menjanjikan yang terbaik kepada pengunjung.Bukan hanya berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi dan mempelajari cara hidup masyarakat desa, malah anda juga bakal didedahkan dengan tradisi adat budaya yang menjadi warisan zaman berzaman. 

      Homestay Kampung Endah yang terletak di Kuala Langat ini menjadikan adat tradisi dan budaya masyarakatnya sebagai tarikan utamanya.Anda dapat merasai dan alami sendiri bagaimana kehidupan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada agama,adat dan keturunan masyarakat Jawa.Di sini, anda berpeluang mempelajari cara membuat nasi ambang yang menjadi tradisi masyarakat Jawa dan cara membuat kuih tradisional.

      Hayatilah persembahan kebudayaan kampung yang menarik melalui aktiviti kebudayaan seperti cempuling, marhaban  dan banyak lagi.Anda juga boleh mempelajari beberapa langkah ilmu asas persilatan atau mencuba pengalaman permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan tenteng sambil mengenang nostalgia zaman kanak-kanak anda.Oleh itu, jangan hanya berkhayal, penuhkan impian dengan lawatan ke Homestay kampung Endah yang memberikan seribu satu kenangan manis buat manusia bergelar insan…

 PAKEJ  1

 lawatan sehari dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang 

 Harga : (RM50 seorang peserta) 

PAKEJ 1.   LAWATAN SEHARI

Tempat: Balai Raya

Acara / Aktiviti :

  • Sambutan ketibaan peserta
  • Taklimat kampung
  • Lawatan ke projek I.K.S
  • Lawatan ke ladang sayur / agrotek
  • Makan tengahari
  • Sembahyang zohor
  • Lawatan ke Pusat Aktiviti W.I dan KEMAS
  • Berkumpul di Balai Raya untuk majlis perpisahan

PAKEJ  2

Lawatan 2 hari 1 malam seorang peserta   Harga :  Rm 140 ( 70 sehari)

LAWATAN 2 HARI 1 MALAM 

TEMPAT: RUMAH HOMESTAY

ACARA / AKTIVITI  :

HARI PERTAMA :-

         Sambutan di Balai Raya / Dewan

         Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay 

         Bersama ahli homestay di rumah keluarga angkat

         Makan malam dirumah homestay

         Sembahyang magrib di masjid dan melakukan aktiviti di masjid

         Beramah mesra dengan ahli homestay

         Tidur

 HARI KEDUA :-

Ø      Bangun pagi sembahyang subuh

Ø      Sarapan pagi

Ø      Berkumpul di Balai Raya / Dewan

Ø      Taklimat kampung

Ø      Taklimat lawatan ke projek ladang sayur dan argotek

Ø      Pulang ke rumah makan tenghari dan sembahyang zohor 

Ø      Berkumpul di Balai Raya / Dewan untuk majlis perpisahan

PAKEJ  3

lawatan 3 hari 2 malam seorang peserta Harga : RM 210 (RM 70 sehari)

 LAWATAN 3 HARI 2 MALAM

TEMPAT: RUMAH HOMESTAY ACARA/ AKTIVITI :

HARI PERTAMA:-

         Sambutan di Balai Raya / Dewan 

         Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay

         Bersama ahli homestay tiba dirumah

         Makan malam, sembahyang magrib di masjid

      dan  menjalani  aktiviti di masjid

         Riadah bersama ahli homestay

         tidur

HARI KEDUA :-

         bangun pagi sembahyang subuh 

         sarapan pagi

         berkumpul di Balai Raya /Dewan

         taklimat kampung dan taklimat lawatan

         lawatan ke ladang sayur dan argotek

         lawatan ke projek I.K.S

         makan tengahari di rumah dan sembahyang zohor

         berkumpul di Balai Raya /Dewan

      lawatan ke PAKAS dan melakukan aktiviti PAKAS

         minum petang dan sembahyang asar di rumah

         berkumpul di padang (acara sukaneka)

          balik rumah homestay makan malam sembahyang magrib di masjid

         berkumpul di dewan (acara persembahan kebudayaan )

         balik rumah homestay dan tidur. 

HARI KETIGA :-

           Sarapan pagi

           berkumpul di Dewan / Balai Raya untuk taklimat

        lawatan ke tempat bersejarah Bukit Jugra.

           Lawatan ke kampung-kampung yang berjaya

        di Daerah Kuala Langat

           Makan tengahari 

           Pulang ke rumah homestay membuat persiapan majlis perpisahan

        aturcara majlis dibuat  di salah  sebuah rumah homestay

(     Keterangan lanjut @ tempahan sila hubungi

      En Ramlan B. Misnan 

      Ditalian : 013-6456489 @03-31981364

                  e-mail : kgendah.wordpress.com

homestay Lawatan Agrotekkebun sayur 

kebun pisang Lawatan IKS aktiviti kemas & WI

                                             

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: