Kgendah’s Weblog

Penyelia PPIK

Biodata Penyelia

Nama : Nasihah Bt Mohd Basiron

Alamat : No.216 Peti Surat Berkelompok,Kampung Endah,

                42700 Banting,Selangor.

E-mail: nasihah83@yahoo.com

Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat (INPENS International College)

Pekerjaan: Penyelia Pusat

                   (Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Kampung Endah).

Alamat PPIK: Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Kampung Endah,

                         Jalan Masjid,Kampung Endah,

                         42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Tugas dan Tanggungjawab Penyelia Pusat PPIK

  • Menjalankan latihan Teknologi maklumat Kapada komuniti setempat.
  • Menjalankan promosi kewujudan pusat USP-CSKC kepada komuniti setempat termasuk menyediakan bahan promosi seperti bahan bercetak untuk edaran dan promosi secara lisan.
  • Menjalankan promosi kesedaran dan kepentingan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada komuniti setempat termasuk penyediaan bahan promosi.
  • Mencari bahan,menguruskan membangunkan laman web setempat dan mengemaskini laman web tempatan dari semasa ke semasa.
  • Menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penyelaras tempatan  dan bekerjasama dengan AJK dalam menjalankan aktiviti di Pusat USP.
  • Mengadakan bengkel kesedaran kepada kumpulan sasaran mengikut jadual yang ditetapkan  oleh Pegawai Penyelia.
  • Menghantar laporan aktiviti kepada syarikat dan Pegawai Penyelia dengan menggunakan  format yang disediakan mengikut arahan syarikat dan Pegawai Penyelia.
  • Membuat laporan kerosakan peralatan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab dengan disalinkan kepada Pegawai Penyelia.

Program PPIK

Membentuk Komuniti Berpengetahuan

  • Di bawah Rancangan Malaysia (RMK9) kerajaan telah meluluskan RM 150 juta untuk membangunkan projek Pemberian Perkhidmatan  Sejagat (USP) sehingga tahun 2010.Projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan di samping kemudahan-kemudahan infrastruktur.
  • Sebanyak 250 lokasi sedang dibangunkan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di serata negara sementara 500 lokasi lagi untuk laman web komuniti dan pembangunan kandungan digital tempatan.Ini membolehkan 750 lokasi mempunyai laman web komuniti dan kandungan digital tempatan sendiri pada tahun ini.
Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK)
  1. Bagi projek USP Fasa Lima pula, Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) sedang dibagunkan di 250 buah lokasi dan dianggarkan seramai 1.7 juta orang akan mendapat manfaat daripada program ini.Pembangunan PPIK adalah kesinambungan daripada usaha menarik taraf fungsi Pusat Internet Desa (PID) yang diperkenalkan sebelum ini oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
  2. Tujuan utama program PPIK adalah untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar di samping membentuk masyarakat yang berpengetahuan, atau di kenali sebagai K-Komuniti.
  3. Kerajaan berharap dengan pembangunan PPIK ini komuniti pedalaman boleh memperbaiki tahap ekonomi mereka dan meningkatkan pengetahuan sistem penghantaran secara dalam talian.Pusat-pusat ini juga akan membantu komuniti dengan penggunaan aplikasi elektronik.
  4. PPIK bertindak sebagai pusat sehenti bagi membolehkan para komuniti berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu dan melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik seperti e-Goverment,e-Dagang dan pembelajaran menerusi e-Learning dengan menggunakan kemudahan Internet jalur lebar yang disediakan.
  5. Pihak komuniti itu sendiri akan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan program-program PPIK.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan melibatkan segenap peringkat komuniti seperti warga emas,kaum wanita, para belia,usahawan,petani,pendidik ,pelajar dan juga golongan kurang upaya.
  6. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
  • Latihan IT
  • Pengumpulan dan penyebaran maklumat
  • Membangunkan kandungan tempatan
  • Aplikasi elektronik
  • Rangkaian komuniti
  • Bengkel IT kepada setiap peringkat komuniti
  • Sistem penyampaian komuniti (community delivery system)
  • Khidmat nasihat
* PPIK akan menyediakan petugas sepenuh masa bagi memudahkan
   komuniti  luar bandar  mendapatkan nasihat dan bimbingan ICT.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: