Kgendah’s Weblog

KgEndah

SELAMAT DATANG KE BLOG KG ENDAH

Peta Kedudukan Kampung Endah

 

Asal-usul Kampung

Kampung ini terletak di dalam daerah Kuala Langat (Selangor).Kawasan Kampung ini di dalam Mukim Morib dan Kelanang. Kampung Endah mempunyai keluasan 2,951 ekar (1.185) dimana kegunaan tanahnya dapat dibahagikan kepada :

v     Kawasan petempatan penduduk =150 ekar

v     Kawasan Pertanian=2,757.5 ekar

v     Tanah Rizab Kerajaaan=25 ekar

v     Tanah wakaf kampung =8.5 ekar

 

Dari segi petempatan, sebanyak 236 buah rumah terdapat di dalam kampung ini dan jumlah bilangan keluarga yang tinggal di kampung ini adalah sebanyak 260 keluarga. Pola petempatan di kampung ini adalah tersusun dimana setiap keluarga di berikan tanah ketika berpindah dahulu. Keadaan rumah di kawasan ini adalah terdiri dari rumah kampung yang kekal, separa kekal dan tidak kekal. 

Latar belakang Kampung

Kampung Endah ialah sebuah kampung tersusun yang berasal dari 3 buah kampung terpencil di Daerah Kuala Langat iaitu Kampung Delik, Kampung Darat Batu dan Kampung Kanchung Tengah (Ladang Lor). Selepas perang dunia kedua, berlaku zaman darurat sekitar tahun 1945-1960 dan bagi mengelakkan ancaman komunis, kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah memindahkan ke tiga-tiga kampung ini kepetempatan baru yang terletak bersebelahan dengan Kampung Kanchung Laut pada tahun 1952. Setiap keluarga diperuntukan ½ ekar tanah yang kesemuanya berjumlah 100
Lot . Petempatan baru ini ditadbir oleh satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).Petempatan baru ini disebut Kampung Pindah , kemudian disebut Kampung Indah memandangkan penduduk kampung disini terdiri dari keturunan
Jawa, oleh  demikian sebutan Indah bertukar menjadi sebutan endah hingga sekarang.
Kampung Endah terletak di dalam Mukim Morib dan Kelanang,Daerah Kuala Langat dibawah Dewan Undangan Batu Laut.

 SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG ENDAH  

Kampung Endah wujud pada Feb 1952.Ia berasal dari penempatan penduduk yang dipindahkan terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kg.Delek,Kg.Darat Batu dan Kg.Kancong Tengah yang wujud sejak awal abad ke 19.

Sejarah  bermula selepas jepun menyerah kalah pada tahun 1948 di Malaya.parti komunis malaya ( pkm ) mengabil alih kuasa di Malaya,mereka terdiri daripada ahli pertubuhan penduduk malaya dan anti jepun atau

 “ malayan people Anti Japanes Army “ (MPAJA) yang tertindas semasa pemerintahan jepun.Apabila mereka berkuasa di Malaya pada 1948 mereka memerintah dengan ganas dan kejam kerana membalas dendam kepada mereka yang berkerjasama dengan jepun.

Gangguan komunis di seluruh malaya 1948-1950 termasuklah di Kg.Delek,Kg.Darat Batu dan Kg.Kanhcung Tengah ini disebabkan kedudukan rumah yang berselerak dan berjauhan diantaranya dan tiada perlindungan.Situasi itu menyenangkan pihak komunis menganggu mereka dengan meminta makanan,ubat,senjata,wang,pakaian mengugut dan membunuh.

Mac 1950 Leftenan General Sir Harold Brigg dihantar ke Malaya sebagai pengarah operasi membanteras komunis.Briggs merancang pembentukan kampung baru sebagai penempatan penduduk agar tidak digangu komunis.1952 General Inggeris Sir Gerald Templer ditugaskan di Malaya menggantikan Briggs sebagai Pesuruh Jaya Tinggi Templer meneruskan rancangan Briggs dan berjaya menyusun semula 300 kampung baru di malaya ketika itu termasuk Kampung Endah sebagai penempatan orang melayu.

Gangguan komunis memuncak di Malaya dengan pembunuhan Sir Henry Gurney seorang pesuruhjaya Tinggi British d iKuala Lumpur pada 7 okt  1951.Di Kg.Delek,Kg.Darat Batu dan Kg.Kanchung Tengah dan sekitarnya,komunis merampas 24 laras senapang patah “ home guard “ penduduk dan pembunuhan 4 orang penduduk Kancong Laut termasuk ketua kampung (Tuan Hj.Siraj bin Mustafa) yang enggan berkerjasama dengan komunis.

Untuk menangani masalah gangguan komunis,penduduk ketiga-tiga buah kampung ini diarahkan pindah menetap bersempadan dengan Kg.Kancong Laut dibawah rancangan penempatan semula Biggs agar mereka bersatu mengatasi masalah gangguan komunis bersama.Penempatan awal terdiri daripada 100 keluarga yang berpindah.Mereka ditempatkan pada kawasan seluas 60 ekar meliputi 10 ekar untuk kegunaan awam dan 50 ekar tapak rumah { ½ ekar satu lot } di arah selatan Kg.Kancong Laut.

Setelah wujud penempatan ini Kg.Kancong Laut bertukar bersama menjadi “ Kampung Pindah “.Nama ini dipersetujui oleh komuti yang telah dilantik ketika itu diketuai oleh Tuan Hj.Sono bin Hj.Ali.Apabila difikirkan nama kampung ini kurang sesuai maka dicadangkan oleh penduduk agar abjad “ p “ pada pangkal perkataan “ pindah “ di gugurkan. Maka timbullah perkatan “ indah “ tetapi oleh kerana penduduk kampung ini keseluluhannya dari keturunan jawa menyebabkan perkataan “ indah “ disebut dengan “ endah “ mengikut dialek mereka.Kesan dari sebutan dan penggunaan harian itu,tercatatlah nama Kampung Endah dalam pendaftaran negara hingga ke hari ini.

 

Peta Kg

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: